suria

Budak 7 tahun mati kelaparan, ibu duduk sebelah mayat 3 hari

Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun akibat kelaparan. Gambar hiasan

TIADA yang lebih hebat daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya dan tidak ada rasa sakit yang lebih pedih apabila si ibu kehilangan insan tersayang.

Memilukan, tragedi seperti itu berlaku di Chennai, India.

Menurut laporan TOI, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun mati kelaparan dan ibunya yang dilaporkan tidak stabil secara mental didakwa tidak mahu meminta pertolongan saudara-mara.

Sebaliknya, wanita tersebut hanya duduk bersebelahan mayat anaknya selama tiga hari di rumah mereka di Thirunindravur berhampiran Avadi.

Kematian anaknya hanya terbongkar selepas seorang jiran tampil memberitahu polis mengenai bau busuk dari rumahnya.

Polis tiba di rumahnya dan wanita itu membiarkan pihak berkuasa membawa mayat anaknya.

Seorang inspektor polis berkata, bedah siasat mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kelaparan.

Laporan TOI juga mengatakan bahawa menurut keluarganya, wanita itu telah berpisah dengan suaminya tujuh tahun yang lalu.

Sejak itu anaknya tinggal bersamanya, dan terputus hubungan dengan orang lain. - India Times



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mayat, mati kelaparan, ibu, bau busuk,

Artikel Lain