suria

Berpanas 3 jam, 1.4 juta calon kemasukan universiti duduki ‘peperiksaan terbuka’ di stadium

Calon-calon yang menduduki peperiksaan kemasukan universiti, yang dilakukan secara terbuka di arena sukan Pakhtakor di in Tashkent, Uzbekistan pada Rabu. Foto reuters

PULUHAN ribu anak muda menuju ke arena sukan di seluruh Uzbekistan pada Rabu, untuk menduduki peperiksaan kemasukan universiti secara terbuka berikutan pandemik Covid-19.

Peperiksaan secara besar-besaran itu, yang berlangsung selama dua minggu, bakal menyaksikan lebih 1.4 juta pemohon mengambil ujian selama tiga jam.

Calon-calon akan duduk di meja yang diletakkan di lorong balapan atau laluan di stadium.

Mereka akan merebut kira-kira 150,000 tempat di universiti di bawah sistem kemasukan berpusat.

Ratusan calon dilihat menghadiri sesi pertama di salah sebuah stadium di Tashkent, pada Rabu pagi, dengan kesemua mereka memakai topeng.

Calon dalam keadaan lebih selasa bagi mereka yang duduk di tempat teduh, sementara calon lain menggunakan pakaian dan kertas untuk melindungi diri mereka dari sinaran matahari.

Negara itu mencatatkan sebanyak 42,370 kes Covid-19 dengan 324 kematian. - Reuters

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain