DEMI mahu memastikan orang ramai mematuhi peraturan di kala pandemik Covid-19, pihak berkuasa terpaksa menggunakan sebuah helikopter untuk 'menghalau' pengunjung di sebuah pantai di Sepanyol. Sebuah video yang dimuat naik di internet memaparkan helikopter milik polis yang terbang rendah di kawasan pantai Palma dan Calvia, Majorca dan meminta pengunjung beredar mengikut waktu yang ditetapkan iaitu pukul 9 malam. Pihak berkuasa berkata mereka menggunakan helikopter setiap hari untuk memastikan pengunjung patai itu mematuhi peraturan baharu untuk mengekang penyebaran Covid-19. Di kawasan pantai Majorca, penutupan berlangsung dari pukul 9 malam hingga 7 pagi. Taman rekreasi juga ditutup pada waktu malam dalam usaha untuk mengelakkannya dijadikan kawasan pesta berikutan penutupan disko. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!