ANGKARA curang, kereta yang jadi mangsa. Begitulah kisahnya melibatkan seorang wanita yang mengalami kemalangan sewaktu keluar dengan bekas teman lelaki dengan menaiki kereta kekasih baharunya. Menurut Austin Grebe, dia baru sehari bercinta dengan wanita itu sebelum memberikannya sebuah kereta untuk dipinjam pada hari berikutnya. Ujarnya, wanita itu menggunakan alasan mahu meminjam kereta Nissan 350Z itu untuk bertemu dengan ibunya. Bagaimanapun, dia tidak lama kemudian menerima mesej dimaklumkan wanita itu mengalami kemalangan dengan kereta miliknya. "Saya tak pernah rasa kecewa dan dikhianati seperti ini. "Apabila tengok kereta, saya rasa marah dan kecewa. Ia ada banyak nilai sentimental. "Saya sudah putus dengan wanita itu. Kereta saya juga sudah tidak boleh digunakan lagi. "Saya diberi penjelasan. Dia guna kereta saya untuk ambil bekas teman lelakinya. Saya tak tahu apa mereka buat, apa yang saya tahu kereta tu terlibat dalam kemalangan," ujarnya lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!