SENGAJA cari penyakit! Itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki warga emas selepas dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara memasukkan gelas bir ke dalam dubur. Pesakit berusia 53 tahun itu diusung ke dewan bedah selepas percubaannya untuk mengeluarkan gelas itu tidak berhasil. Kejadian itu berlaku di daerah Lu di Sichuan, wilayah barat daya China. Pasukan pakar perubatan terpaksa melakukan pembedahan kerana gelas kaca itu tersangkut sekitar 6cm di dalam rektumnya. Tidak diketahui mengapa atau bagaimana lelaki itu melakukan tindakan sedemikian. Seorang doktor, Dr Carol Cooper berkata: "Kebanyakan orang yang melakukan tindakan tersebut salah dalam kalangan lelaki, dengan motif seksual," katanya. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!