suria

Alami tekanan emosi gara-gara punyai 'aset' besar, gadis kutip dana untuk biayai pembedahan kecilkan payudara

Amber (kanan) mengalami tekanan kerana tidak dapat melakukan sukan kegemarannya dan sering menjadi mangsa usikan gara-gara saiz payudaranya. Foto: GoFundMe

SEORANG pelajar membuat kutipan dana menerusi halaman GoFundMe untuk membiayai pembedahan mengecilkan payudara.

Amber Roach yang juga seorang pelajar jurusan perundangan berkata, tindakan tersebut adalah kerana payudaranya menjadi salah satu punca dia terpaksa berhenti bermain dengan sukan kegemarannya.

Selain itu, 'aset' yang bersaiz 34J itu juga menyebabkannya menerima usikan dan komen negatif daripada orang lain.

"Saya mengalami tekanan emosi ketika orang merenung, atau bertanya kepada saya sama ada ia payudara semula jadi, dan ada orang yang melontarkan komen berbaur seksual dan penghinaan," ujarnya.

Di halaman GoFundMe, dia menulis: "Saya tidak mahu perhatian negatif ini."

Amber kini berusaha keras mencari dana dengan harapan dapat mengumpulkan £ 5,000 (RM 26,572) untuk membiayai pembedahan mengecilkan asetnya itu. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

payudara, aset, tekanan emosi, dana, GoFundMe

Artikel Lain