MENERUSI satu kejadian di Leicester, England pada 2018, Fathetha Begun Abedin merempuh seorang lelaki sewaktu dia sedang memandu di sebuah jalan raya. Enggan bertanggungjawab, wanita itu terus melarikan diri selepas kejadian itu berlaku dan membiarkan mangsa yang tercampak ke di atas jalan menahan sakit sendirian. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak berkuasa membawa kepada penahanan wanita itu. Malah, Abedin turut terkejut apabila mendapat tahu mangsa kejadian itu merupakan bapa mentuanya. Menurut dakwaan, Abedin menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu sehingga dia terlanggar bapa mentuanya itu. Dia sekali lagi muncul di mahkamah pada Rabu untuk perbicaraan kes berkenaan. Akhirnya, hakim memutuskan penjara setahun enam bulan dan dia turut digantung lesen selama dua tahun sembilan bulan. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!