SEORANG ibu didakwa meninggalkan anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah stesen minyak kerana tidak tahan dengan perangai anaknya yang nakal.
Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersama satu nota yang menjelaskan bahawa anak kecil itu terlalu nakal untuk dijaga.
Kejadian berlaku di Kabupaten Pelalawan di Indonesia.
Kanak-kanak tersebut turut diberitahu supaya menjaga dirinya sendiri.
Gerakan untuk memburu ibu bapa mangsa kini sedang dilakukan.
Polis berkata, mereka tidak menerima laporan mengenai kanak-kanak hilang dan sedang mengenal pasti identiti kanak-kanak perempuan yang kini dalam jagaan.
Menurut akhbar Kompas, budak perempuan berkenaan ditinggalkan di stesen minyak kerana terlalu bermasalah. - Mirror
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!