SEORANG ibu didakwa membunuh anak lelakinya berusia tiga tahun sebelum memasukkan mayat di dalam beg plastik yang dipenuhi permainan. Caroline Carrilho Correia, 29, memberitahu pasukan kecemasan bahawa dia telah membunuh anaknya di jalan raya di sempadan antara Curitiba dan Campo Largo, Brazil, pada Selasa. Wanita itu ditemui di tebing sungai berdekatan lokasi kejadian, di mana suspek mencederakan dirinya sendiri dalam cubaan membunuh diri. Suspek kemudian mengaku telah membunuh anak lelakinya, Isaac Carrilho Barbosa. Dilaporkan, wanita berkenaan meninggalkan mayat tersebut di hutan berdekatan. Mayat kanak-kanak itu kemudian ditemui disumbat di dalam beg berisi barang mainan. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!