suria

‘Frontliners’ bakal jadi golongan pertama terima vaksin Covid-19 di India

Perdana Menteri, Narendra Modi turut memberi jaminan bahawa vaksin Covid-19 akan diagihkan kepada semua rakyat negara itu. foto:AP.

TATKALA seluruh dunia sedang berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin Covid-19, negara India nampaknya ada perancangan mereka sendiri.

Menurut laporan, vaksin yang masih sedang diuji di negara itu akan diberikan kepada golongan pekerja barisan hadapan sebelum diberikan kepada semua rakyat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kesatuan Kesihatan, Rajesh Bhusnan.

Ujarnya, ia melibatkan kira-kira 30 juta pekerja barisan hadapan di negara itu.

Dedahnya lagi, fasa pertama agihan vaksin itu dijangka bermula antara Januari sehinga Julai tahun depan.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi turut memberi jaminan bahawa vaksin Covid-19 akan diagihkan kepada semua rakyat negara itu. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain