suria

Guna ‘lighter’ selepas tangan disapu cecair pembasmi kuman, kepala pemandu teksi disambar api

Keadaan muka brian yang melecur selepas disambar api. foto North News & Pictures Ltd northnews.co.uk

KEPALA seorang pemandu teksi disambar api selepas menyalakan rokok sejurus selepas menyapu tangannya dengan cecair pembasmi kumah (hand sanitizer).

Ketika kejadian, Brian Hutchinson baru menurunkan seorang penumpang sebelum meletakkan hand sanitizer pada tangannya.

Dia kemudian menyedari pemetik api ditinggalkan di tempat duduk belakang.

Pemandu teksi berusia 42 tahun dari Newcatle, United Kingdom itu mencuba pemetik api dengan menyalakannya.

Namun, cecair pembasmi kumannya masih belum menyebabkan api menyambar pada bahagian kaki dan kepalanya.

Brian yang mengalami lecur teruk perlu melakukan pembedahan di Newcastle.

Berkongsi pengalaman tersebut, bapa kepada dua anak itu yang selama ini mengutamakan keselamatan sepanjang membawa penumpang ketika pandemik terkejut dengan kejadian itu.

"Rasa sakit itu mengerikan," kata Brian. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain