suria

Pembunuh bersiri positif Covid-19 selepas keluar hospital

Peter Sutcliffe dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh 13 wanita. foto REX

PEMBUNUH bersiri, Peter Sutcliffe disahkan positif Covid-19, dan kini diasingkan di dalam penjara.

Terdahulu, Sutcliffe dimasukan ke hospital selama lima hari kerana disyaki mempunyai masalah jantung sebelum kembali ke penjara, HMP Frankland, County Durham, di United Kingdom pada Selasa.

Namun, Sutcliffe didiagnosis Covid-19 oleh pegawai perubatan penjara pada Khamis, selepas dilaporkan menunjukkan gejala.

Bercakap kepada The Sun, sumber penjara berkata: "Keputusan dikeluarkan dengan cepat kerana risiko yang boleh disebabkanya."

Pesalah itu menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh 13 wanita di sekitar Yorkshire dan the North West antara 1975 dan 1980.

Dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesukaran untuk bernafas dan gangguan tidur. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain