suria

Saintis dibunuh kejam, suspek guna ibu jari dikerat akses telefon bimbit mangsa

Mayat Ekaterina ditemui dalam keadaan menyayat hati.

POLIS menemui mayat seorang saintis yang juga model dalam keadaan bogel dengan ibu jarinya dikerat.

Mayat warga Rusia, Ekaterina Antontseva, 34, yang dipercayai dicekik sehingga mati itu ditemui teman lelakinya sebaik saja berkunjung ke kediaman mangsa.

Seorang lelaki yang juga obses kepada permainan komputer dikenali sebagai Artyom, 36, ditahan bagi membantu siasatan.

Dia dipercayai terlibat dalam pembunuhan Ekaterina yang bekerja sebagai pensyarah di Institut Teknologi St Petersburg.

Polis turut menjumpai ibu jari Ekaterina di kediaman Artyom selepas suspek mendakwa menggunakannya untuk mengakses telefon bimbit mangsa.

Artyom menyamar menjadi Ekaterina dengan menghantar mesej kepada bosnya mengatakan dia kurang sihat dan tidak boleh datang bekerja.

Polis percaya suspek turut memadam mesej antara dirinya dengan mangsa.

Suspek dipercayai berhutang dengan mangsa tetapi enggan membayarnya sehingga menyebabkan dia dibunuh. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain