suria

Anggota tubuh budak ditemui dalam kotak semasa Halloween

Bahagian mayat yang dikerat itu masih belum disahkan sama ada milik Alan Yair yang hilang sejak 27 Oktober lalu.

ANGGOTA badan kanak-kanak yang dikerat kepada potongan kecil ditemui di dalam sebuah kotak semasa sambutan Halloween.

Penemuan mayat itu terbongkar selepas seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan menjatuhkan kotak tersebut secara tidak sengaja di hadapan polis.

Polis mendakwa mereka ternampak kotak milik seorang lelaki terjatuh lalu berhasrat mahu membantunya semasa membuat rondaan di Mexico City.

Namun polis tersebut dikejutkan dengan potongan anggota badan manusia berupa bahu, telinga dan lengan yang terkeluar daripada kotak tersebut.

Pasukan kecemasan dipanggil ke lokasi kejadian.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Edgar Z, 39, mendakwa dia tidak menyedari isi kandungan pada kotak tersebut.

Dakwanya lagi dia hanya dibayar untuk membuang kotak tersebut.

Mayat itu ditemui susulan misteri kehilangan dua kanak-kanak, Alan Yair, 12, dan Hector Efrain, 14, sejak bulan lalu.

Namun masih belum dapat dipastikan sama ada mayat itu milik kanak-kanak tersebut. - The Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain