suria

Pengacara ugut patahkan tangan rakan sekerja selepas dicubit punggung

Imbas pengacara berusia 60 tahun itu, kejadian berlaku sewaktu awal pembabitannya dalam industri suatu masa lalu.

PENGACARA program televisyen This Morning, Ruth Langsford tampil berkongsi kisah sewaktu dia menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut wanita itu, dia berang apabila seorang rakan sekerja lelaki mencubit punggungnya.

Imbas pengacara berusia 60 tahun itu, kejadian berlaku sewaktu awal pembabitannya dalam industri suatu masa lalu.

"Saya masih ingat sewaktu membawa dulang berisi teh, ada lelaki cubit pungung saya.

"Saya letakkan dulang dan tampar wajahnya. Saya ugut untuk patahkan lengannya kalau dia buat sekali lagi," imbasnya.

Ruth tampil berkongsi kisah itu menerusi podcast White Wine Question Time bersama Kate Thornton. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain