suria

Sekumpulan lelaki tergamak rogol anjing, tikam 30 kali hingga mati

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di Bogota, Colombia.

TIADA kata mampu menggambarkan penderitaan seekor anjing apabila kemaluannya hancur selepas dirogol oleh sekumpulan lelaki.

Lebih malang, terdapat 30 kesan tikaman pada badannya sebelum ia ditemui sudah tidak bernyawa.

Rakaman memaparkan keadaan anjing itu sebelum ia mati turut tular sejak 1 November lalu.

Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di Bogota, Colombia.

Ia sempat dibawa ke klinik haiwan dan mati tidak lama kemudian.

Maklumat mengenai suspek bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain