suria

Rumah tangga Trump, Melania retak menanti belah

Trump tewas mempertahankan kedudukannya di Rumah Putih.

MELANIA dilaporkan hanya menunggu masa untuk bercerai dengan Donald Trump selepas tewas pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Pasangan itu sudah berkahwin selama 15 tahun.

Mereka dikatakan mempunyai hubungan yang pelik, lapor bekas pembantu Trump, Omarosa Manigault Newman.

"Ia perkahwinan yang pelik. Saya amat berhati-hati mengulas mengenai dinamik perkahwinan kerana anda tidak pernah tahu apa yang berlaku di sebalik pintu tertutup.

"Tetapi mengenali pasangan ini sejak mereka berpacaran, mereka berkahwin setahun selepas The Apprentice ditayangkan," katanya.

Video riak wajah wanita kelahiran Slovania itu yang berubah kelat semasa bersama Trump menimbulkan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Melania menangis apabila suami dipilih sebagai Presiden AS pada 2016 kerana tidak menjangka suaminya akan memenangi pilihan raya tersebut.

Trump gagal mempertahankan kedudukannya di Rumah Putih selepas tewas kepada Joe Bidin. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain