TANPA menghiraukan kehadiran orang ramai, seorang wanita selamba membuang air besar di atas jalan berhampiran sebuah pusat beli belah di Brighton, England. Selain disaksikan orang ramai, kejadian itu turut dirakam sehingga ia menjadi tular. Dalam rakaman berkenaan, dia kelihatan membuka seluar sebelum membuang air besar di antara sebuah trak makanan dan tong sampah. "Saya sedang berjalan untuk keluar makan tengah hari. "Saya tak dapat percaya apa yang saya saksikan dengan mata. Di luar pusat beli belah, dia langsung tak kisah. "Sekurang-kurangnya pergilah ke dalam semak atau di tempat yang kurang orang. "Ia menjijikkan," kata seorang saksi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!