SEORANG pekerja binaan mengugut untuk memfailkan saman ke atas syarikat dia bekerja selepas tidak dibayar gaji. Malah, lelaki yang berang itu turut bertindak ganas dengan memecahkan kediaman pelanggan yang baru dibinanya dengan tukul sebagai tanda protes. Video memaparkan tindakan lelaki itu turut ditularkan menerusi aplikasi TikTok. Biarpun namanya dipanggil oleh seorang individu, lelaki berkenaan tidak menghiraukannya, malah beterusan menghayun tukul bagi memecahkan dinding dan atap kediaman berkenaan. Tidak berhenti di situ, dia terus ke kediaman sebelah dan turut melakukan tindakan sama. Video itu sehingga kini meraih lebih 338,000 tontonan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!