suria

Robot Cira-03 didakwa mampu kesan Covid-19, kini dalam fasa percubaan

Ia kini sedang dalam fasa ujian percubaan.

KETIKA pandemik Covid-19 masih lagi menular di seluruh dunia, ramai penyelidik berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin.

Terbaharu, seorang pembangun di Mesir mendakwa berjaya mencipta robot dikenali sebagai Cira-03 yang berupaya mengesan wabak itu pada tubuh manusia.

Selain itu, ia juga memiliki fungsi pengesanan dan berupaya melakukan ujian darah.

Memiliki reka bentuk seperti manusia, ia kini sedang dalam fasa ujian percubaan.

Menurut pembangun itu, Mahmoud El Komy, ciptaan itu dibuat dengan rupa paras peris manusia agar ia tidak memberi ketakutan kepada pesakit. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain