suria

Pernah dijangkiti, namun Presiden Brazil tegas menolak suntikan vaksin Covid-19

Presiden Brazil, Jail Bolsonaro enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 sungguhpun dia sendiri pernah mendapat jangkitan virus itu. Foto: Reuters

PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro menegaskan beliau tidak akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 sungguhpun mendapat persetujuan daripada barisan pentadbirannya sendiri.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini Bolsonaro berkata: "Saya beritahu anda, saya tidak akan mengambilnya (vaksin). Itu hak saya".

Brazil merekodkan lebih daripada 170,000 kes kematian akibat Covid-19, menjadikannnya sebagai negara kedua tertinggi yang terjejas selepas Amerika.

Bolsonaro sebelum ini dikritik teruk kerana memperlekeh ancaman Covid-19 sebelum beliau sendiri disahkan positif virus itu pada awal Julai lalu.

Malah, separuh daripada menteri Kabinetnya turut dijangkiti virus tersebut.

Setelah sebarang rawatan disetujui oleh pihak berkuasa kesihatan Brazil, pentadbirannya akan 'segera mengatur' pembelian vaksin, kata Bolsonaro dalam video tersebut. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Presiden Brazil, Covid-19, vaksin

Artikel Lain