SEPASUKAN saintis di China menerbitkan satu laporan mendakwa Covid-19 tidak bermula di Wuhan. Terkini, penyelidikan terbaharu yang diketuai Dr Shen Libing dari Insitut Sains dan Biologi Shanghai tampil dengan teori bahawa ia bermula di India. Penerbitan itu turut dimuat naik ke platform khusus untuk jurnal perubatan iaitu The Lancet pada 17 November lalu. Ia membincangkan maklumat mengenai virus itu yang disalurkan oleh 17 negara berbeza dan ia membawa kepada asal usulnya yang didakwa berpunca sama ada di India ataupun Bangladesh. "Tak mungkin Wuhan jadi tempat pertama jangkitan Sars-Cov-2 antara manusia dengan manusia," kata Dr Shen. Bagaimanapun, penemuan itu turut mendapat kritikan penyelidik lain yang mana ia dikatakan menggunakan prinsip kajian yang salah. Antara yang menentang termasuklah David Robertson dari Universiti Glasgow. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!