SEORANG pesalah jenayah rogol rebah selepas disebat sebanyak 52 kali ketika hukuman berkenaan dijalankan secara terbuka di Aceh, Indonesia. Pemuda berusia 19 tahun itu dijatuhi hukuman sebatan sebanyak 146 kali di atas jenayah yang dilakukannya iaitu mencabul dan memperkosa seorang remaja bawah umur. Pesalah remaja itu memohon hukuman dihentikan dan dirawat oleh doktor beberapa kali sebelum sebatan dimulakan semula. Bagaimanapun selepas 52 kali sebatan, remaja itu rebah dan dia segera dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan teruk di punggungnya. Salah seorang doktor di tempat kejadian berkata: "Ketika dia disebat 52 kali, didapati keadaan di punggung kanannya terdapat luka siat yang berat, jika dia terus disebat di kawasan sama, saluran darah akan pecah dan berdarah. "Lebih baik jika kita menangguhkannya sehingga pulih sebelum hukuman disambung semula," katanya. Ivan Nanhhar Alavi, seorang pegawai dari pejabat pendakwa Aceh Timur berkatar, pesalah remaja itu dijatuhi hukuman maksimum sebagai langkah pencegahan. Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti beragama Islam, yang menerapkan hukum syariah Islam. Wilayah itu membenarkan hukuman sebat ke atas kesalahan termasuk berjudi, berzina, minum alkohol, dan melakukan hubungan seks yang dilarang. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!