SEKEPING syiling dikeluarkan dari hidung seorang lelaki berusia 59 tahun selepas lebih setengah abad, gara-gara takut memberitahu ibunya mengenain Ketika kejadian, lelaki warga Rusia itu berusia enam tahun apabila memasukkan sekeping syiling ke dalam lubang hidung kanannya. Dia kemudian tidak mahu memberitahu ibunya sehingga terlupa. Ini kerana katanya, dia takut untuk menceritakan kepada ibunya mengenai perkara sebenar. Namun, lelaki berkenaan mengadu hidung kanannya tersumbat baru-baru ini sehingga menyukarkan pernafasan. Dia kemudian menjalani pemeriksaan menerusi imbasan di hospital. Pemeriksaan mendapati terdapat satu objek di saluran hidungnya. Pakar perubatan melakukan pembedahan dan mengeluarkan batu yang mengandungi syiling dari hidungnya selepas 53 tahun. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!