suria

Berkurung di rumah kerana Covid-19, pengguna Android habiskan 3.3 trilion jam menghadap telefon sepanjang 2020

Antara aplikasi yang turut meningkat naik termasuklah TikTok yang menjadi kegilaan ramai ketika ini. foto: Unsplash.

KEHADIRAN pandemik Covid-19 memaksa kita banyak berkurung di dalam rumah dan hanya keluar apabila perlu sahaja.

Disebabkan itu, masa yang diluangkan untuk menggunakan telefon turut meningkat pada tahun ini disebabkan banyak masa yang dihabiskan kita semua di rumah.

Menurut kajian terbaharu, pengguna Android di seluruh dunia menghabiskan masa sebanyak 3.3 trilion jam sepanjang tahun ini.

Laporan itu diterbitkan oleh sebuah firma analitik, App Annie.

Malah, laporan itu turut menyebut masa yang diluangkan untuk aplikasi seperti Zoom dan Microsoft meningkat.

Ia berikutan ramai yang terpaksa bekerja di rumah sepanjang pandemik itu.

Antara aplikasi yang turut meningkat naik termasuklah TikTok yang menjadi kegilaan ramai ketika ini. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain