suria

Wanita dakwa dirinya jelmaan Puteri Diana... pecah masuk kediaman orang, serang tuan rumah hingga parah

Seorang wanita yang mengalami gangguan psikotik mendakwa dirinya adalah jelmaan Puteri Diana. Foto: PA

SEORANG wanita mendakwa dirinya sebagai jelmaan Puteri Diana, bertindak memecah masuk masuk kediaman individu lain dan mencederakannya.

Dalam kejadian pada 18 Mei lalu, Jasmine Duffy memandu sejauh 50 batu dari Somerset ke Newport, South Wales, dan ketika itu mengalami gangguan psikotik yang membuatkannya percaya bahawa dia adalah Puteri Diana yang dilahirkan semula.

Duffy juga mendakwa dia bertanggungjawab terhadap penularan virus Covid-19.

Duffy kemudian masuk ke rumah seorang wanita secara rawak dan menikamnya di bahu dengan sebilah kaca yang pecah.

Pendakwaraya Martin Lewis mengatakan kedua-dua wanita itu bergelut dan Duffy berulang kali menghentak kepala mangsanya ke lantai, sebelum kekecohan berkenaan disedari jiran yang kemudian bergegas membantu mangsa.

Duffy memberitahu polis bahawa rumah itu adalah kediamannya dan mendakwa dia menjadi mangsa samun.

Dia kemudian ditahan, sementara mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Royal Gwent.

Hakim membuat penghakiman berdasarkan Akta Kesihatan Mental dan memerintahkan Duffy ditahan di hospital untuk mendapatkan rawatan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain