suria

Gara-gara kuku bayi ‘tajam, runcing’, ibu dikecam dera anak

Netizen digemparkan dengan bentuk kuku seorang bayi. -foto reddit.com

SEORANG ibu menerima kecaman netizen gara-gara berkongsi gambar kuku jari bayinya di media sosial, baru-baru ini.

Segelintir netizen mendakwa wanita berkenaan melakukan 'penderaan kanak-kanak'.

Foto tersebut dimuat naik di laman sosial Reddit dan ruangan forum, menunjukkan rawatan kuku 'manicure' dengan bentuk panjang dan runcing.

Tindakan tersebut membangkitkan kemarahan ramai terutama dalam kalangan ibu bapa dengan pelbagai reaksi.

"Adakah ini dianggap sebagai penderaan atau bahaya kepada kanak-kanak sekiranya terluka akibat kuku ini?" soal netizen.

"Secara teknikal ia mendedahkan kanak-kanak kepada beberapa objek tajam," komen yang lain.

Sebahagian netizen lain beranggapan foto itu mungkin disunting atau kuku tersebut adalah palsu kerana kuku bayi terlalu tipis untuk kelihatan seperti di dalam gambar. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain