SETIAP individu ada impian tersendiri untuk dilaksanakan sewaktu hari perkahwinan mereka. Namun lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila dia dilarang memakai pakaian berwarna putih pada hari perkahwinannya. Menurut wanita itu, tunangnya membuat larangan berkenaan kerana status dirinya yang dianggap tidak suci. Ujar wanita itu lagi, tunangnya tahu akan sejarah silamnya bahawa dia pernah terlanjur dengan lelaki lain sebelum ini. Wanita itu membuat perkongsian menerusi laman Reddit. Permintaan luar biasa lelaki itu turut menyebabkan wanita berkenaan ragu-ragu dengan rancangan perkahwinan tersebut. Malah, ramai pelayar Reddit turut tidak bersetuju dengan permintaan lelaki itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!