suria

Perniagaan merosot, pemilik restoran kecewa jadi mangsa prank pelanggan

Pelanggan itu turut menghantar mesej biadab kepada pemilik restoran.

PANDEMIK Covid-19 ternyata memberi impak luar biasa terhadap perniagaan di seluruh dunia.

Lebih teruk, ada yang terpaksa gulung tikar dan melupakan segala usaha yang sekian lama dibina.

Tidak terkecuali, sebuah restoran di Melbourne, Australia.

Amat mengecewakan apabila pemilik restoran itu menjadi mangsa prank pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Tatkala menghadapi perniagaan yang merosot, mereka berhadapan sikap pelanggan yang membuat prank dengan menempah sembilan jenis makanan dan kemudiannya memberi alamat salah untuk penghantaran.

Malah, pelanggan itu turut menghantar mesej biadab kepada pemilik restoran.

Paparan skrin mesej biadab itu turut dikongsi menerusi laman Reddit dan ia ternyata menimbulkan kemarahan netizen. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan