suria

Bill Gates beri amaran, 6 bulan akan datang boleh jadi fasa Covid-19 paling teruk

Bill Gates memberi amara bahawa tempoh enam bulan dari sekarang mungkin menjadi fasa Covid-19 yang paling teruk.

TAHUN 2020 memberi impak cukup besar buat seluruh penduduk dunia.

Kehadiran pandemik Covid-19 ternyata mengubah kehidupan seharian sehingga memberi kesan teruk kepada sektor ekonomi.

Terbaharu, pengasas Microsoft, Bill Gates memberi amaran bahawa tempoh enam bulan dari sekarang mungkin menjadi fasa Covid-19 yang paling teruk.

"Sedihnya, empat ke enam bulan akan datang boleh jadi tempoh paling teruk sepanjang pandemik.

"Institut Penilaian dan Sukatan Kesihatan (IHME) menjangkakan 200,000 kematian lagi.

"Jika kita ikut saranan, kita boleh elakkan jumlah itu," ujarnya kepada CNN.

Tambahnya, dia berharap Amerika Syarikat dan negara-negara lain tidak bersikap mementingkan diri dalam agihan vaksin di peringkat global.

"Kita nak hidupkan semula ekonomi dunia. Kita nak kurangkan kematian," ujarnya lagi. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain