KEMUNCULAN program The Crown menerusi Netflix menyebabkan nama Puteri Diana kembali disebut-sebut netizen. Malah, barangan serta cenderamata melibatkan ibu kepada Putera Wiliam dan Putera Harry itu turut menjadi carian ramai di internet. Terbaharu, rambut milik Puteri Diana dari tahun 1995 turut dijual di laman eBay. Menurut pihak eBay, terdapat peningkatan 73 peratus dalam carian barangan melibatkan Puteri Diana menerusi laman mereka. Selain itu, barangan yang dikeluarkan selepas mendiang meninggal dunia pada 1997 turut dicari pembeli. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!