SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa selepas teman wanitanya enggan menerima sebentuk cincin pertunangan yang diberikan, kerana menganggapnya 'terlalu murah'. Dalam posting di laman Reddit, lelaki itu berkata dia dan pasangannya sememangnya merancang untuk bertunang sebelum ini. "Saya mempunyai pekerjaan yang cukup baik boleh dikatakan mampu untuk membeli cincin pertunangan yang mahal. "Bagaimanapun, ibu bapa, kakak dan anak saudara saya terkesan ekoran pandemik Covid-19 baru-baru ini, jadi saya membantu mereka dari segi kewangan untuk sementara waktu. "Dipendekkan cerita, saya membeli sebentuk cincin tunang yang berharga sekitar £ 3,000 (RM16,370). Ia merupakan sebentuk cincin emas putih dengan berlian dan batu sapphire. "Pada mulanya teman wanita sangat gembira dengan cincin tersebut, sehinggalah ibunya yang merupakan seorang tukang barang kemas mendakwa ia murah. "Teman wanita mengembalikan semula cincin itu kepada saya dan menuduh saya merendahkan nilainya berbanding apa yang dia lakukan untuk saya," kongsi lelaki itu. Namun, kebanyakan komen di Reddit mengatakan bahawa lelaki itu tidak melakukan kesalahan, sebaliknya teman wanitanya yang tidak tahu bersyukur. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!