PELIK tapi benar! Dua sahabat karib menghidap tumor otak yang sama, hanya selang beberapa tahun ketika masing-masing didiagnosis menghidap penyakit berkenaan. Janice Johnson dan Eleanor Heans-Glogowska pertama kali bertemu pada tahun 2006 ketika satu acara di Istana Buckingham pada musim panas. Sejak pertemuan tersebut, kedua-dua wanita berusia 35 tahun itu terus menjadi kawan baik. Dalam satu 'kebetulan' yang jarang-jarang berlaku, kedua-dua wanita itu telah didiagnosis menghidap meningioma, iaitu tumor yang terbentuk pada membran yang menutupi otak dan saraf tunjang di dalam tengkorak. Eleanor, bekas guru Bahasa Inggeris, didiagnosis dengan penyakit berkenaan setelah melakukan pemeriksaan mata pada tahun 2012. Pada awalnya, Eleanor memikirkan punca matanya bengkak adalah disebabkan oleh kesan kanta lekap, dan kemudiannya dia didiagnosis menghidap meningioma. Sementara itu, Janice pula didiagnosis pada 2019, di mana berita duka itu muncul tiga minggu sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-35. "Kami tidak percaya betapa peliknya kami berdua mempunyai tumor yang sama, tetapi sekurang-kurangnya kami tahu mengenainya dan kemungkinan penyakit ini boleh dirawat," ujar Janice. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!