suria

Mahu kelihatan seperti ‘Elf’, pemuda jalani 32 pembedahan plastik

Luis mahu kelihatan seperti elf. foto luispadron.elf//Instagram

SEORANG lelaki mendedahkan dirinya menjalani 32 pembedahan kosmetik untuk menjadi 'Elf' dan dia masih merancang meneruskan hasrat itu.

Luis Padron, 29, dari Argentina dapat melakukannya secara percuma kerana menjadi model pembedahan plastik.

Namun, dia menganggarkan kos perubahan wajahnya itu kira-kira £75,000 (RM411,217)

Luis melakukan banyak pembedahan termasuk di bahagian muka dan leher, mata, telinga untuk kelihatan seperti elf dan banyak lagi.

Satu pembedahan memerlukan rahangnya patah lima kali dan disambut semula dengan titanium.

Dalam pada itu, Luis turut menjalani rawatan laser untuk melunturkan warna kulitnya.



Hidung merupakan pembedahan plastik pertama dilakukan Luis. foto luispadron.elf/Instagram

Setakat ini, dia telah menukarkan warna mata sebanyak enam kali.

Luis mula berhasrat untuk kelihatan seperti Elf apabila mengalami kesukaran ketika zaman kanak-kanak.

Bercakap kepada Daily Star, dia berkata: "Sejak kecil, saya menggunakan khayalan sebagai cara untuk menangani kenyataan yang sukar.

"Saya merupakan peminat filem seperti Labyrinth dan Neverending Story, dan suka buku mengenai legenda, mitologi, dan lain-lain.

"Saya hanya mahu kelihatan seperti semua perkara yang membuatkan saya gembira," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain