SEORANG lelaki ditembak mati oleh sekumpulan perompak selepas mangsa memberikan kunci keretanya. Ketika kejadian, mangsa, Shuai Guan, 33, memeriksa surat di luar rumahnya di Chicago di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin. Kumpulan perompak yang menaiki dua kereta curi itu menyerang Guan, dan mendesak mangsa supaya menyerahkan kunci keretanya. Guan yang merupakan bapa kepada seorang anak berusia empat tahun itu mengikut arahan tersebut, dan mula berundur. Bagaimanapun, perompak melepaskan satu tembakan terhadap mangsa sehingga maut. Isteri Guan, Hongu Bai berkata: "Saya mahu suami saya semula. Ini adalah hari terburuk dalam hidup saya." Isteri Guan tiada di rumah ketika kejadian berlaku. - Metro UK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!