suria

Demi kanak-kanak derita kanser, petugas kesihatan pecah rekod dunia ‘rendam’ dalam ais lebih 2 jam

Romain Vandendorpe berada dalam kabin kaca dipenuhi ais. -foto AFP

SEORANG warga Perancis, Romain Vandendorpe berjaya memecah rekod dunia dengan duduk di dalam kiub ais dalam masa paling lama.

Cabaran ekstrem yang dilakukannya itu bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.

Petugas kesihatan berusia 34 tahun itu merendam dalam kabin kaca dipenuhi kiub ais sehingga ke paras leher selama dua jam, 35 minit dan 43 saat.

Tempoh itu memecah rekod terdahulu dengan 40 minit.

Romain melakukan cabaran tersebut di bandar Wattrelos di utara Perancis, pada 19 Disember lalu.

Dia yang bertugas sebagai anggota paramedik itu memutuskan untuk berada di dalam ais selama mungkin. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain