suria

Pasangan punyai 11 anak berbelanja lebih RM20 ribu untuk sambut Krismas setiap tahun, ambil masa 2 minggu balut hadiah

Pasangan ini membelanjakan hampir RM20,000 setiap kali tibanya Hari Krismas.

BAGI ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai, sudah tentu mereka lebih sibuk apabila tibanya musim perayaan.

Begitu juga dengan pasangan Joanne O'Rourke dan Tommy dari utara London ini.

Kesibukan membuat persediaan bagi menyambut Hari Krismas bermula seawal September dengan membeli barangan makanan.

Bukan itu sahaja, pasangan ini menghabiskan masa selama hampir dua minggu untuk membalut kesemua hadiah untuk seluruh keluarga.

Pasangan yang dikurniakan 10 anak kandung dan seorang anak angkat ini mahu menjadikan Hari Krismas pada tahun ini sebagai sambutan yang paling istimewa dan tidak akan dilupakan.

Joanne dan Tommy memperuntukkan perbelanjaan sekitar £150 (RM824) untuk setiap anak mereka iaitu Mitchell (17), Lauren (15), Joe (14), Riley (11), Tommy (10), Ashley-Dean (8), Freddie (7), Danny (4), Neave (3), Brodie (8 bulan).

Walaupun menetapkan bajet, namun perbelanjaan untuk menyambut Hari Krismas dihabiskan sekitar £3,500 (RM19,244) setiap tahun. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain