PENDUDUK di Nashville di Tennessee, Amerika Syarikat digemparkan dengan letupan bom, awal pagi Jumaat, waktu tempatan. Rakaman menunjukkan sebuah kereta memberikan amaran sebelum letupan berlaku di Nashville. Dilaporkan cebisan mayat manusia ditemui di lokasi kejadian. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) melakukan siasatan selepas polis memaklumkan bahawa letupan dilakukan dengan disengajakan. Dilaporkan, tiga mangsa dibawa ke hospital. Laporan yang tidak disahkan oleh CBS mendakwa cebisan mayat ditemui di lokasi letupan. Rakaman menunjukkan letupan bom. -foto RexChapman/Twitter Saksi-saksi menggambarkan kebakaran berlaku di sepanjang jalan, dengan kira-kira 20 bangunan dikatakan musnah terbakar. Penduduk di lokasi berdekatan dipindahkan pada kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan. Ketua Polis Metro Nashville, John Drake berkata, sebuah kereta memberikan mesej bahawa sebutir bom akan diletupkan dalam masa 15 minit. 'Kita percaya kejadian ini merupakan satu tindakan yang disengajakan," kata beliau. - Mirror Sumber YouTube NewsChannel 5 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!