suria

Berang gara-gara tidur di rumah rakan, ibu tergamak pukul anak lelaki dengan 'dumbbell' hingga mati

Galina Morozova memukul kepala anaknya dengan dumbbell sehingga mangsa mati di tempat kejadian. Foto: VK.com

BERANG gara-gara tidur di rumah rakan, seorang ibu tergamak memukul anak lelakinya menggunakan alat senaman 'dumbbell' di kepala sehingga mati, dalam satu kejadian yang berlaku pada 5 Mac lalu, di bandar Astrakhan, Rusia

Galina Morozova, 56, yang juga seorang ahli politik pada mulanya bertengkar dengan anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Alexander Parakhnyakov, selepas kanak-kanak itu pulang dari rumah rakannya.

"Semasa pertengkaran, wanita itu mengambil dumbbell dan memukul anaknya di kepala beberapa kali.

"Mangsa mati di tempat kejadian. Ibunya bertindak menyembunyikan mayat mangsa di ruang bawah tanah dan menutupnya dengan simen.

"Kemudian dia memasukkan telefon pintar dan dumbbell ke dalam beg plastik dan membuangnya ke sungai,"kata penyiasat.

Morozova memberitahu polis bahawa anaknya hilang dan berpura-pura membuat hebahan di laman sosial bagi meraih simpati ramai.

Sehinggalah pada Jun, para penyiasat berjaya merungkai misteri 'kehilangan' kanak-kanak malang itu selepas mendapat petunjuk.

Penyiasat kemudian menemui mayat Parakhnyakov yang dikebumikan dalam konkrit di rumah neneknya.

Morozova mengaku melakukan pembunuhan itu dan memberitahu polis lokasi di mana dia mencampakkan bahan bukti.

Wanita itu juga mengaku bahawa dia sangat marah dengan tindakan anaknya tidur di rumah rakan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain