suria

Penerbit The Three-Body Problem meninggal dunia diracun rakan sekerja

Lin Qi meninggal dunia pada Rabu disyaki diracun rakan sekerja.

PENERBIT siri aksi Netflix, The Three-Body Problem meninggal dunia, disyaki diracun oleh seorang rakan sekerja.

Lin Qi, dari China, dilaporkan meninggal dunia pada Hari Krismas di mana laporan mendakwa punca kematiannya adalah kerana diracun.

Penerbit berusia 39 tahun itu adalah pengerusi Yoozoo Group China yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan penerbit Game of Thrones, David Benioff dan D.B. Weiss untuk adaptasi novel sains fiksyen Cina, The Three-Body Problem.

Pada Rabu, media melaporkan bahawa Qi telah diracun dalam satu cubaan pembunuhan yang dilakukan oleh rakan sekerjanya yang bertanggungjawab terhadap Harta Intelek siri novel tersebut.

Laporan mengesahkan bahawa Qi telah meninggal dunia di hospital setelah rawatan gagal menyelamatkan nyawanya.

Susulan kematian Qi, polis mengesahkan bahawa seorang rakannya telah ditangkap kerana disyaki membunuh. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain