SALURAN televisyen British, Channel 4 menimbulkan kemarahan selepas didakwa menyiarkan rakaman ucapan palsu membabitkan Ratu Elizabeth. Video itu dipercayai disunting menggunakan teknik 'deepfake' yang memaparkan Ratu Elizabeth membuat komen sarkastik mengenai sambutan tahun baharu. Rata-rata penyokong keluarga diraja mengakui berang dengan tindakan saluran televisyen berkenaan. Malah, ramai yang turut mengugut untuk memboikot saluran itu sejak Rabu. Bagaimanapun kata wakil saluran itu, tiada masalah sepatutnya timbul memandangkan ia merupakan satu parodi sahaja. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!