SEORANG pelancong dari Itali mendakwa dihalau pekerja sebuah restoran di Pantai Bondi, Australia atas alasan berpakaian tidak sopan. Menurut Martina Corrandi, dia berasa malu dan kecil hati apabila diperlakukan sedemikian rupa pada Khamis lalu. Malah katanya, kejadian itu berlaku di hadapan teman lelakinya serta pelanggan lain di restoran tersebut. Selepas kejadian itu, dia berkongsi kisah berkenaan di Facebook dan bertanya pendapat orang ramai mengenai kejadian itu. "Saya nak pendapat orang luar mengenai hal ini. Saya rasa malu dan kecil hati pada masa yang sama. "Sejurus saya duduk, pelayan kata saya berpakaian tidak sopan dan tak boleh duduk dalam restoran mereka. "Saya dan teman lelaki pandang satu sama lain. Kami terkejut," jelasnya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!