BAGAIKAN satu keajaiban. Begitulah kisahnya mengenai seorang wanita di Cleveland, Amerika Syarikat (AS) mengimbas peristiwa empat tahun lalu, yang mana dia tidak tahu dirinya sedang hamil sembilan bulan. Menurut Ally Opfer, 26, sepanjang tempoh itu, perutnya kempis sahaja. Malah, ujian kehamilan yang dibuat sebelum itu juga menunjukkan keputusan negatif. "Saya tak pernah impikan bahawa saya hamil. Benar haid saya tak teratur. Saya tak naik berat badan, tak rasa penat. "Saya juga tak rasa pergerakan dalam perut. Perut saya kempis selama ini. Tak sangka saya hamil. "Selepas saya sakit perut dan pergi ke hospital, doktor maklumkan saya hamil 38 minggu, setengah jam kemudian saya bersalin," imbasnya. Malah katanya, kelahiran pada bulan Disember sekitar empat tahun lalu itu dianggap hadiah Krismas paling bermakna untuknya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!