suria

Ajal selepas buka hadiah Krismas... wanita maut terjatuh dari tingkat 4 ketika merokok di balkoni

Sharon (kanan), bersama salah seorang anaknya, Taylor. Foto: GoFundMe

TRAGIS! Seorang wanita meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni apartment selepas membuka hadiah sempena Hari Krismas, pada Jumaat.

Sharon Anne Daly-O'Dwyer, 51, pada mulanya keluar ke balkoni untuk merokok sebelum terjatuh dari tingkat empat pangsapurinya di Shepherd's Bush, barat London.

Ketika itu dia baru saja selesai membuka hadiah Krismas bersama dua anak dan cucunya, lapor The Mirror.

Kedua-dua anaknya, Taylor, 22, dan Drew Daly, 19, terdengar bunyi kuat dan bergegas ke luar untuk memeriksa ibu mereka, sebelum melihat wanita itu terbujur kaku di atas tanah.

Menyifatkan ibunya sebagai 'ibu terbaik', Taylor berkata dia tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku.

Malah tambah Taylor yang juga seorang ibu tunggal, mereka sekeluarga meraikan Hari Krismas pagi itu sama seperti sebelum-sebelum ini.

"Dia sangat gembira dengan hadiahnya. Dia beritahu mahu tidur sebelum menyediakan makan malam tetapi sebaliknya dia hanya menghisap sebatang rokok.

"Kami berada di dalam rumah ketika itu sebelum terdengar bunyi kuat. Saya berlari turun ke bawah untuk membantunya tetapi nyata dia sudah tidak bernafas dan matanya terbuka," kata Taylor lagi. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan