suria

Dah lama tak berpelukan, pasangan warga emas tak sabar tunggu suntikan vaksin Covid-19

Carol dan Jim Engelking tidak sabar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, minggu ini. Foto: WCCO/AFP

SEPASANG suami isteri warga emas tidak sabar menunggu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, agar mereka dapat memeluk satu sama lain seperti dahulu.

Carol dan Jim Engelking, masing-masing berusia 89 tahun dan sudah hidup bersama selama 66 tahun, tinggal di rumah jagaan warga emas yang sama di Minneapolis, Minnesota.

Bagaimanapun mereka ditempatkan di bahagian yang berasingan dan hanya sempat bertemu untuk seketika sejak musim bunga yang lalu.

Ketika ulang tahun perkahwinan yang ke-66 sebelum ini, mereka tidak dapat berdiri bersama-sama sebaliknya perlu berdiri berjauhan.

Carol mengakui bahawa dia bukan seorang yang suka mengambil suntikan, namun ujarnya perkara itu sanggup diketepikan demi dapat bersama-sama dengan Jim seperti dahulu.

Rumah jagaan yang dihuni oleh pasangan Engelking ini merupakan antara 599 rumah jagaan yang akan menerima suntikan vaksin, minggu ini.

Ditanya apa perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja menerima suntikan, Carol berkata dia akan memeluk suaminya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain