suria

Anak terkilan, ibu maut dijangkiti Covid-19 gara-gara hadir majlis kahwin

Ibu Dalvinder Kaur-Kelly meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

ORANG ramai disarankan menjauhi perhimpunan dalam skala besar dalam usaha mengekang Covid-19.

Begitu juga dengan gadis ini yang membuat luahan selepas ibunya maut dijangkiti wabak itu akibat menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Derby, England pada September lalu.

Menurut Dalvinder Kaur-Kelly, ibunya, Joginder, 67, meninggal dunia selepas enam minggu menghadiri majlis berkenaan.

"Ibu saya sepatutnya masih ada di sini lagi. Dia rasa serba-salah jika tak hadiri majlis itu.

"Dari majlis kahwin, tiba-tiba dia di hospital dan beberapa minggu kemudian, dia dikebumikan.

"Covid-19 menghancurkan hidup. Saya harap orang berfikir sebelum membuat majlis," ujarnya.

Menerusi majlis itu, hanya 30 tetamu dibenarkan datang.

Namun, ia dihadiri 70 tetamu yang mana ada dalam kalangan mereka dijangkiti Covid-19 sewaktu majlis itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain