suria

Wow! Nenek 70 tahun jadi YouTuber terkenal, video masakan raih 8 juta tontonan bulanan

Suman Dhamane yang berusia 70 tahun kini menjadi YouTuber popular. -foto instagram Suman Dhamane

SEORANG nenek berusia 70 tahun di India meraih perhatian ramai menerusi video masakannya di laman YouTube.

Suman Dhamane, yang merupakan penerima terbaru anugerah YouTube tahun ini, kerana keenakan resepinya menerusi saluran ‘Aapli Aaji’.

Turut didedahkan wanita itu memperoleh lebih 580,000 pengikut dengan lebih lapan juta tontonan setiap bulan, hanya dalam tempoh setahun.

Populariti Suman bermula oleh usaha cucu lelakinya yang berusia 17 tahun, Yash yang memaparkan kepakaran neneknya memasak menerusi laman itu.

Yash mempunyai kepakaran dalam membuat rakaman dan suntingan video serta memuat naiknya di YouTube.

Dia membantu merakamkan neneknya memasak dan memuat naik dua video setiap minggu.

Video Suman meraih banyak tontonan kerana ia dirakamkan dalam bahasa Marathi, yang mempengaruhi penonton tempatan yang menggunakan bahasa itu.

Tambahan pula, resepi masakannya adalah ringkas yang diamalkan oleh kaum ibu sejak bertahun-tahun, menjadikan pengalamannya itu lebih mudah diikuti ramai. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain