suria

Hafal mantera dalam internet sejak 2 tahun lalu, guru sekolah mengaku belajar ilmu sihir

Dia sudah dua tahun mendalami ilmu terlarang itu.

SEORANG guru sekolah mengaku mempelajari ilmu sihir secara dalam talian.

Malah katanya, dia berhasrat menjadi ahli sihir dengan mengamalkan mantera yang dijumpai dalam internet.

Kata Sadie Bentley-Smokers, dia sudah dua tahun mendalami ilmu terlarang itu.

"Ia sebenarnya tiada kaitan dengan ilmu hitam. Saya fokus pada diri sendiri dan kesihatan saya.

"Saya tak boleh kawal orang lain, tapi saya boleh kawal bagaimana saya memberi reaksi terhadap sesuatu perkara," ujarnya.

Kata wanita itu, teman lelakinya tidak mengamalkan ilmu tersebut namun memberi sokongan penuh buatnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain