suria

Nenek mahu jual kuku terpanjang di dunia bernilai RM190,830... tak akan potong selagi tiada pembeli

Yani Williams memutuskan mahu menjual kukunya yang panjang selepas hampir tiga dekad. -foto Triangle News

SETELAH menghabiskan masa hampir tiga dekad mempunyai kuku terpanjang di dunia, seorang nenek memutuskan untuk menjual kukunya.

Dan harga yang ditawarkan begitu tinggi.

Yani Williams, dari Houston, Texas di Amerika Syarikat memecah rekod kerana mempunyai kuku sepanjang 38 inci.

Dia berharap untuk memperoleh sebanyak £35,000 (RM190,782) menerusi jualan kukunya.

Senarai harga tersebut dimuat naik di laman Facebook.

Keputusan untuk menjual kuku itu dibuat selepas menyedari sudah tiba masanya melepaskannya berikutan banyak tugasan harian terjejas.

Menurut wanita berusia 54 tahun itu, dia mengalami kesukaran untuk memandu kereta, memakai seluar jeans dan menyuntik insulin kerana dia menghidap diabetis.

Ibu kepada lima anak itu hanya mendapat tawaran £75 (RM409) untuk setiap kuku, namun baginya jumlah itu tidak mencukupi.

"Saya tidak akan potong kuku selagi belum mendapat pembeli," katanya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan