SEORANG penyewa berasa terharu selepas tuan rumahnya memberikan hadiah Krismas yang paling bernilai dalam kehidupannya selama ini. Menurut penyewa yang dikenali sebagai Chris itu, dia menemui nota tulisan tangan yang diselitkan di bawah pintu rumahnya. Nota yang ditulis tuan rumah itu disifatkan Chris sebagai sesuatu yang sangat dihargai olehnya memandangkan keadaan kewangannya turut terjejas disebabkan pandemik Covid-19. "Selamat hari Krismas dan saya mendoakan yang terbaik berlaku untuk awak tahun hadapan. Chris, saya merasakan hadiah Krismas terbaik untuk awak tahun ini adalah awak hanya perlu membayar setengah harga daripada jumlah sewa bulanan awak. Awak hanya perlu bayar AS$440 (RM1,776) sahaja untuk bulan depan," kata tuan rumah yang dikenali sebagai Lee. Chris kemudiannya berkongsikan kad itu di laman sosial Reddit dengan memasukkan kapsyen,"Tidak menerima apa-apa hadiah Krismas kecuali daripada tuan rumah saya. "Dia tidak tahu betapa saya menghargai keprihatinannya memandangkan keadaan kewangan saya sangat menekan pada ketika ini," tulisnya. Kebanyakan pelayar laman itu memuji tindakan tuan rumah tersebut yang disifatkan seorang yang sangat berperikemanusiaan di kala ramai sedang susah pada ketika ini. - Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!